Selamat Datang (Laman Berbayar)

YRS Management & Agency
N. Sembilan, Selangor & Kuala Lumpur
017-323 0753

15% Rebat Untuk Ahli SiSi2u
  • Perkhidmatan Percukaian LHDN
  • Perkhidmatan Perakaunan
  • Penyediaan Kertas Kerja Pinjaman
  • Pengurusan Pinjaman Peribadi & Perniagaan
SUDAHKAN ANDA MENYELESAIKAN CUKAI PENDAPATAN ANDA
ATAU
MENGHADAPI KESUKARAN BAGI MELENGKAPKAN BORANG LHDN?

* PENIAGA
* AGEN KOMMISEN
* PEKERJA KERAJAAN / SWASTA

Kami Menawarkan Khidmat Rundingan PERCUMA ke tempat anda

SIAPA YANG LAYAK
Setiap individu yang mempunyai pendapatan adalah diwajibkan mengistiharkan pendapatan untuk taksiran samada layak ataupun tidak dikenakan Cukai Pendapatan.
Pendapatan adalah meliputi semua jenis sumber pendapatan, samada dari Gaji, Perniagaan, Kommisen, Bonus dan sebagainya.

BORANG PENYATA PENDAPATAN - B, BE, P, C dan lain-lainnya.
Ini adalah borang khusus yang mana maklumat Pembayar Cukai serta Pendapatan yang diterima diisi. Borang ini boleh didapati di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara percuma.

PERNIAGAAN
Bagi sumber pendapatan dari perniagaan, Akaun Untung Rugi serta Lembaran Imbangan adalah perkara yang perlu disertakan. Lain-lain keperluan adalah seperti Pelarasan Keuntungan, Pengiraan Elaun Modal dan lain-lain nota kepada akaun jika perlu. Maklumat yang lengkap akan mengelakkan berlaku fenomena cukai terlebih bayar.

SLIP BAYARAN CUKAI Jika cukai dikenakan, slip bayaran akan dicetak setelah bayaran dibuat. Bagi peniaga, slip ini diperlukan berserta salinan borang bagi mengesahkan sesuatu tahun pendapatan perniagaan bagi tujuan permohonan pinjaman dan sebagainya.

BAGAIMANA LHDN MENGESAN MEREKA YANG GAGAL MENGISTIHARKAN PENDAPATAN MEREKA?
  • Pendaftaran perniagaan - Satu salinan Daftar Perniagaan akan dihantar ke LHDN
  • Perjanjian Jual Beli Harta - Melalui proses duti/mati setem yang dibuat di Pejabat LHDN dan salinan asal disimpan
  • Perjanjian Sewa Beli Kenderaan - Salinan perjanjian sewa beli akan dihantar ke pejabat
  • Lawatan - Lawatan Pegawai ke premis-premis perniagaan
Mengikut Akta Cukai Pendapatan, tidak menyimpan rekod atau akaun perniagaan adalah menjadi satu kesalahan
Kegagalan mengembalikan borang cukai juga boleh dikenakan penalti


KELEBIHAN MENGURUSKAN CUKAI PENDAPATAN
  • Tiada beban terkumpul jika setiap tahun anda bijak dalam menyelesaikan tanggungjawab anda.
  • Jika anda berlengah, LHDN akan membuat siasatan dari awal perniagaan anda. Selain dari cukai tertunggak dan penalti dikenakan, kos bagi pengurusan juga menjadi semakin banyak. Oleh itu, tindakan segera adalah langkah yang paling bijak.
  • Mudah untuk membuat pinjaman perniagaan perniagaaan dengan bank atau lain-lain institusi kewangan yang menawarkan pinjaman kerana anda telah memiliki Penyata Cukai Pendapatan
  • Mudah untuk memiliki harta, dengan bukti pendapatan yang telah disahkan dan diselesaikan
  • Mudah untuk merancang berapa banyak cukai yang anda ingin bayar pada sesuatu tahun taksiran.
  • Tiada ganguan psikologi semasa menjalankan perniagaan
Nota : Sekiranya anda ingin mengeluarkan Wang KWSP semasa persaraan, anda terpaksa melangsaikan segala cukai tertunggak terlebih dahulu. Jika penalti dikenakan sebanyak 10% setahun (terkumpul), malah mungkin lebih, berapakah yang anda harus bayar terlebih dahulu?

Hubungi : 017-323 0753